Wednesday, February 4, 2009

Pakatan Rakyat Perak tumbang, BN bentuk kerajaan

petikan dr mStar

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

BN kini mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

p/s: suko lak hati den... bagus2...... lopeh nie.... selangor... kodah dan penang kembali ke BN...yehaaaaaaa

senang nya dalam hati..

salam setiakawan

-ahlang-


6 comments:

  1. Salam..

    Syabas...

    kita telah menang melawan dap pkr pas di perak..

    syabas semua warga BPN..

    mari tingkatkan usaha dan bersyukur masih ada sinar untuk kita..

    Hadiah bermakna untuk DYMM Sultan Perak sempena Ulangtahun Baginda hari ini.

    Salam...

    ReplyDelete
  2. SALAM,

    EDEN PUN TUMPANGLA SONANG SKIT....WALAUPUN HARGO GOTAH MERUDUM..

    ReplyDelete
  3. Sokong MB baru Perak

    Y.B. Kapt. (B) Datuk Hj. Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz
    (BN/Batu Kurau)

    Allahu Akbar

    ReplyDelete
  4. Sokong MB baru Perak

    Y.B. Kapt. (B) Datuk Hj. Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz
    (BN/Batu Kurau)

    Allahu Akbar

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Lama x berbual2 dgn ahlang... tu yg BJ datang rumah ahlang ni...

    salam setiakawan

    BJ

    ReplyDelete
  6. baguslah macam tu...dalam ekonomi dunia yang merudum, Pemimpin Malaysia bukan sibuk nak pulihkan ekonomi tapi masih sibuk duk nak pertahankan gila kuasa. Memang gila kuasa!

    ReplyDelete