Sunday, December 28, 2008

salam Maal Hijrah 1430

{klik} Maal Hijrah

satu Muharam detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajirin dan Anshar bersatu
rela berkorban, harta dan nyawa
demi menengakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan...(2x)

oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semangat...tegak kan syiar Islam
untuk sepanjang zaman
untuk sepanjang zaman.............


salam setiakawan

-ahlang-


Saturday, December 27, 2008

N9 berkabung 40 hari...

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan.
Al-Fatihah...

salam setiakawan

-ahlang-

Friday, December 26, 2008

kurang ajar...minah nie saper???



saper yg kurang ajar sgt nie..??siapa minah ni..??? blog minah nie penuh ngan gambar2 yg menghina Nabi Muhammad s.a.w.. baru 2 hari memblog??biar betul...

ader orang yg mendajal minah nie ker... atau minah nie bukan islam??no yg tertera pun tidak dpt dihubungi..

apa kejadah nyer nie?? aper semua niee???

yg buat blog ini memang bangsat...haram jadah...!!

salam setiakawan

-ahlang-


Monday, December 22, 2008

biso bona YB Khairy.....


dari rhombau ke Kota Bharu
singgah sebentar di Balai Islam Lundang
Husam diam sambil terkedu
mendengar Khairy berpidato lantang

makan lomak cili api ngan budu
tidak dilupa kopok lekor
ternyata Khairy anak muda Melayu
berani berdebat walaupun solo

'berani berubah' tak serupa kata
diajak debat takot bersuara
'setiakawan' megah langkah bergaya
ini la pemuda harapan bangsa

salam setiakawan

-ahlang-

Saturday, December 20, 2008

Jangan hanya tuduh


Sumber Utusan Malaysia online....

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar pihak yang menuduhnya mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi itu Mac depan supaya tampil mengemukakan bukti.

Beliau berkata, tindakan pihak terbabit melemparkan tuduhan semata-mata terutama menerusi blog di Internet hanya menjejaskan imejnya selaku salah seorang calon bagi jawatan berkenaan.

"Semua ini dakwaan sahaja, kalau ada bukti, sila kemukakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penulisan dalam beberapa blog menuduh beliau sebagai antara calon yang mengamalkan politik wang untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang kurang senang dengan tuduhan itu berkata, sehingga hari ini, semua yang dikatakan hanya fitnah.

Katanya, jika sekadar mendengar dakwaan mengenai amalan politik wang berlaku tanpa bukti, beliau juga ada mendengar perkara yang sama melibatkan pihak lain.


salam setiakawan

-ahlang-

Sunday, December 14, 2008

surind's blog

salam semua...

sy terpetik tok membaca apakah yg di maksud kan oleh surind mengenai haji.. tapi artikel itu telah di padam buat sementara waktu... surind's blog

maka seorang hamba Allah bernama mahaguru58 mahaguru58's blog telah membuat report polis mengenai surind's blog
mahaguru58 juga telah dicabar oleh sjsand's blog dgn memanggil beliau 'Malaysian Terrorist'


mengapakah mereka sewenangnya mempertikai kan Islam?
adakah kita terlalu lemah?
allahuakbar.....

salam setiakawan

-ahlang-