Wednesday, February 4, 2009

Pakatan Rakyat Perak tumbang, BN bentuk kerajaan

petikan dr mStar

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

BN kini mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

p/s: suko lak hati den... bagus2...... lopeh nie.... selangor... kodah dan penang kembali ke BN...yehaaaaaaa

senang nya dalam hati..

salam setiakawan

-ahlang-


Semuanya Khairy Jamaluddin?



artikel di-petik dari:
http://kj4kpumno.blogspot.com/

Semuanya Khairy Jamaluddin?


Isu: BN tak performed masa PRU 12
Orang Kata: Ohhh itu KJ punya pasai la

Isu: BN tak menang di Permatang Pauh and Kuala Terengganu
Orang Kata: Itu semua sebab KJ

Isu: Sime Darby nak beli IJN dan AirAsia’s Labu
Orang Kata: Mesti KJ ada role punya…

Isu: Jalan kat Taman Maluri Cheras berlubang
Orang Kata: Ini KJ lah yang buat ni, mesti punya

Isu: Jatuh longkang sebab tersepak batu
Orang Kata: Apa ke heiii nye KJ pi letak batu kat tempat aku jalan ni.

Isu: Orang UMNO kena soal siasat oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia
Orang Kata: Ini sure KJ yang repot ni…

Isu: Pokok tumbang di Jalan Selangor, Petaling Jaya
Orang Kata: Apa pasai KJ tak kasi potong itu pokok

Isu: Lambat dapat gaji
Orang Kata: Ni yang aku bengang kat KJ ni

Isu: Jalan sesak nak pergi pejabat
Orang Kata: KJ lah yang tak buat planning betul pasal jalan ni

Isu: Line telephone kena potong
Orang Kata: Ini mesti KJ ada share dalam mobile phone company ni

Isu: Surat khabar habis
Orang Kata: KJ dah beli semua newspaper hari ni…

Semuanya Khairy Jamaluddin? part II

Isu: Banjir di Johor
Orang Kata: Ini sebab KJ dah sapu projek saliran kat sana

Isu: minyak naik
Orang Kata: KJ saja nak tengok orang susah bayar minyak mahai. Dia ada beli Shell ni… Mesti punya.

Isu: Ada Multinational companies yang baru nak invest ke Malaysia
Orang Kata: Sure KJ masyukkk ni

Isu: Caj faedah kredit kad tinggi
Orang Kata: KJ bisik kat CEO bank-bank lah suruh buat macam tu

Isu: Lebuh Raya jammed masa balik dari cuti raya
Orang Kata: Highway ni KJ yang punya, sure dia untung banyak ni

Isu: Tempat nak main futsal semuanya nak fully-booked
Orang Kata: Aku tau lah KJ ni suka main futsal, tapi tak kan tempat ni pun dia nak booked jugak… heyyyy tension aku

Isu: Harga barang naik
Orang Kata: Mesti KJ ada buat kilang tepong, beras, gula, susu… Mungkin KJ pun ada syarikat tangkap ikan tu sebab harga ikan pun mahal.

Isu: KJ berdebat kat TV
Orang Kata: Dia memang hebat…

Isu: Tayar kereta kena curi
Orang Kata: Alamak, KJ nak buat bisnes jual tayar terpakai ke ni?

Isu: Orang kutuk KJ
Orang Kata: Aku tumpang sekaki jer… betoi ke tidoq aku tak tahu

Isu: Ubat gigi habis
Orang Kata: KJ oh KJ kenapa ko guna Colgate aku

Isu: Line internet terputus-putus
Orang Kata: Amboi… tengah berkempen pun KJ sempat menyempat lagi berinternet. Habish slow line aku.

TAK KAN SEMUANYA KJ? ALAHAI ALAHAI…

salam setiakawan

-ahlang-