Sunday, December 28, 2008

salam Maal Hijrah 1430

{klik} Maal Hijrah

satu Muharam detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajirin dan Anshar bersatu
rela berkorban, harta dan nyawa
demi menengakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan...(2x)

oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semangat...tegak kan syiar Islam
untuk sepanjang zaman
untuk sepanjang zaman.............


salam setiakawan

-ahlang-


Saturday, December 27, 2008

N9 berkabung 40 hari...

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan.
Al-Fatihah...

salam setiakawan

-ahlang-

Friday, December 26, 2008

kurang ajar...minah nie saper???



saper yg kurang ajar sgt nie..??siapa minah ni..??? blog minah nie penuh ngan gambar2 yg menghina Nabi Muhammad s.a.w.. baru 2 hari memblog??biar betul...

ader orang yg mendajal minah nie ker... atau minah nie bukan islam??no yg tertera pun tidak dpt dihubungi..

apa kejadah nyer nie?? aper semua niee???

yg buat blog ini memang bangsat...haram jadah...!!

salam setiakawan

-ahlang-


Monday, December 22, 2008

biso bona YB Khairy.....


dari rhombau ke Kota Bharu
singgah sebentar di Balai Islam Lundang
Husam diam sambil terkedu
mendengar Khairy berpidato lantang

makan lomak cili api ngan budu
tidak dilupa kopok lekor
ternyata Khairy anak muda Melayu
berani berdebat walaupun solo

'berani berubah' tak serupa kata
diajak debat takot bersuara
'setiakawan' megah langkah bergaya
ini la pemuda harapan bangsa

salam setiakawan

-ahlang-

Saturday, December 20, 2008

Jangan hanya tuduh


Sumber Utusan Malaysia online....

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar pihak yang menuduhnya mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi itu Mac depan supaya tampil mengemukakan bukti.

Beliau berkata, tindakan pihak terbabit melemparkan tuduhan semata-mata terutama menerusi blog di Internet hanya menjejaskan imejnya selaku salah seorang calon bagi jawatan berkenaan.

"Semua ini dakwaan sahaja, kalau ada bukti, sila kemukakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penulisan dalam beberapa blog menuduh beliau sebagai antara calon yang mengamalkan politik wang untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang kurang senang dengan tuduhan itu berkata, sehingga hari ini, semua yang dikatakan hanya fitnah.

Katanya, jika sekadar mendengar dakwaan mengenai amalan politik wang berlaku tanpa bukti, beliau juga ada mendengar perkara yang sama melibatkan pihak lain.


salam setiakawan

-ahlang-

Sunday, December 14, 2008

surind's blog

salam semua...

sy terpetik tok membaca apakah yg di maksud kan oleh surind mengenai haji.. tapi artikel itu telah di padam buat sementara waktu... surind's blog

maka seorang hamba Allah bernama mahaguru58 mahaguru58's blog telah membuat report polis mengenai surind's blog
mahaguru58 juga telah dicabar oleh sjsand's blog dgn memanggil beliau 'Malaysian Terrorist'


mengapakah mereka sewenangnya mempertikai kan Islam?
adakah kita terlalu lemah?
allahuakbar.....

salam setiakawan

-ahlang-

Friday, November 28, 2008

Al-Fatihah

KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Al-Fatihah....

salam setiakawan

-ahlang-

Tuesday, November 25, 2008

LOGO BPN REKAAN SAUDARA DESPERADO

Sumber dr blog Utusan Che Moq v2.0 link

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Desperado @ Blogger Dare To Make A Choice?
http://pilihan-anda.blogspot.com atas kesudian meluangkan masa mereka cipta logo yang menepati ciri-ciri perjuangan Bloggers Pembela Negara (BPN) . Kesungguhan Desperado amat kami hargai.

Dijemput semua ahli dan blogger sekalian untuk meletakkan logo BPN di laman blog masing-masing atas tanda menyokong usaha BPN. Dicadangkan logo diletakkan di sebelah atas kanan/kiri (mengikut sisi layout) laman blog masing-masing seperti contoh di sini

salam setiakawan

-ahlang-


Friday, November 21, 2008

Angkatan Blogger Malaysia



salam setiakawan....
hampir 2 minggu sy tidak berkesempatan meng update blog...

disini sy ingin mengajak saudara2 blogger kita tok menyertai Angkatan Blogger Malaysia...

sila ker http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/11/laporan-konferensi-pertama-team-blogger.html

salam setiakawan

-ahlang-


Monday, November 3, 2008

pantun tok 'berani berubah'


Hujan lebat sungaipun bah
Air tinggi hala ke laut
Apa maknanya Berani Berubah
Kalau berdebat pun sudah takut

Air tinggi hala ke laut
Tempuh segala ikan dipukat
Kalau berdebat pun sudah takut
Adakah layak memimpin rakyat

Tempuh segala ikan dipukat
Dari jauh dan juga dekat
Adakah layak memimpin rakyat
Hujah tiada akalnya singkat


Dari jauh dan juga dekat
Semua luluh dan jatuh rebah
Hujah tiada akalnya singkat
Takkan nak harap daddy di rumah

Tuesday, October 28, 2008

Debat Ketua Pemuda....


26hb Oktober 2008

"Pemilihan UMNO adalah soal keluarga dimana kita tak seharusnya berbincang mengenainya untuk tontonan umum, lebih -lebih lagi untuk tatapan pembangkang. Perjuangan UMNO ialah sesuatu yang tersirat dan ianya tak perlu dibahas-bahaskan secara terbuka dan disensasikan.Kita menggunakan pemilihan ini untuk memperkukuhkan parti, dan perlu elak dari membuat sebarang perkara yang mampu melemahkan parti tatkala kita dalam keadaan yang agak tidak kuat berbanding dulu. Dengan pencalonan yang sedang dilaksanakan dan pengundian yang bakal dijalankan, terbukti perwakilan dah kenal calon-calon dengan rapat dan matang untuk buat pilihan."" -Mukhriz Mahathir

pssstt: maner slogan 'berani berubah' nie... dah tuka kepada 'takot berubah' ker...ahaks.....


salam setiakawan

-ahlang-



Saturday, October 25, 2008

Ketua Pemuda part III


Saturday October 25, 2008- The Star

Umno Youth Chief Race:
Khairy can now take on Mukhriz

It’s official. Khairy Jamaluddin can now take on Datuk Mukhriz Mahathir for the Umno youth chief post. Khairy, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s son-in-law, secured his 38th, 39th, and 40th nominations from the Tawau, Tangga Batu and Gua Musang divisions. Meanwhile, Mukhriz, the son of former premier Tun Dr Mahathir Mohamad, is still in the lead with 64 nominations, well over the crucial 39 needed.

tahniah saudara YB KJ..

selamat bertanding lam Perhimpunan Agong Umno

salam setiakawan

-ahlang-



Wednesday, October 22, 2008

best friend....

Ketua Pemuda (39)

1. Datuk Mukhriz Mahathir (61)

2. Khairy Jamaluddin (37)

3. Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (28)

best friend always win... 2 more ....

salam setiakawan

-ahlang-


Monday, October 20, 2008

12 Sifat Kawan @ Sahabat

"A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart"

Ingredients:
1. berbuat bakti
2. rapatkan persahabatan
3. pertolongan
4. menghulurkan kebaikan
5. membuat kebajikan (bantuan)


Directions:

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

salam setiakawan

-ahlang-

Sunday, October 19, 2008

Ketua Pemuda Umnopart II....





5 more to go.... 'setiakawan' akan lawan abieh-abiehsan 'berani berubah'

Mukhriz 62,
Khairy 34,
Khir 26



Oct 19, 08 1:45pm




6.50 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-34 dari bahagian Jelutong, Pulau Pinang untuk jawatan ketua Pemuda, dan memerlukan lima pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan tersebut.

6.45 pm Datuk Mukhriz mendapat pencalonan ke-62 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Beluran, Sabah, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

3.13 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan ke-26 dari bahagian Serdang, Selangor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

salam setiakawan

-ahlang-



Saturday, October 18, 2008

Ketua Pemuda Umno....

SUMMARY SETAKAT 1100 PAGI INI (18nov08) :

1. Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir - 44
(termasuk: Merbok, Pendang, Kuala Kedah, Padang Terap & Semporna)
2. Khairy Jamaluddin - 25
(termasuk: Rantau Panjang, Kuala T'ganu, Ledang, Bukit Katil, Alor Gajah)
3. Dato' Seri Mohd Khir Toyo - 15
(termasuk: PJ Selatan, Kemaman, Selayang)
4. Datuk Zahidi Zainal Abidin -1
(PERLIS - Padang Besar)

'setiakawan' menghampiri syarat minimum pencalonan..
terus kan menyokong pencalonan bakal pemimpin pemuda kita...

salam setiakawan

-ahlang-

Friday, October 17, 2008

penghulu segala hari

Prophet Muhammad (SAW) said:
'Any dead body, three things will go along up to his grave'

1.his relatives 2.his wealth 3.his record his deeds

and the two things his relative and wealth will came back and records of deeds will remain with him in the grave.

salam setiakawan

salam semua...

ini laa dinama kan salam setiakawan...
byk antara kita lupa antara kawan dan lawan..

hanya kawan sj yang mampu menjadi setia..
sebaik nya lawan akan tetap sentiasa melawani kita...

basikal tua itu lah kawan kita.....