Tuesday, October 28, 2008

Debat Ketua Pemuda....


26hb Oktober 2008

"Pemilihan UMNO adalah soal keluarga dimana kita tak seharusnya berbincang mengenainya untuk tontonan umum, lebih -lebih lagi untuk tatapan pembangkang. Perjuangan UMNO ialah sesuatu yang tersirat dan ianya tak perlu dibahas-bahaskan secara terbuka dan disensasikan.Kita menggunakan pemilihan ini untuk memperkukuhkan parti, dan perlu elak dari membuat sebarang perkara yang mampu melemahkan parti tatkala kita dalam keadaan yang agak tidak kuat berbanding dulu. Dengan pencalonan yang sedang dilaksanakan dan pengundian yang bakal dijalankan, terbukti perwakilan dah kenal calon-calon dengan rapat dan matang untuk buat pilihan."" -Mukhriz Mahathir

pssstt: maner slogan 'berani berubah' nie... dah tuka kepada 'takot berubah' ker...ahaks.....


salam setiakawan

-ahlang-



5 comments:

  1. salam setiakawan 6ky angel

    -ahlang-

    ReplyDelete
  2. salam PJ,

    Ini ada artikel terbaru menyangkal Tun M dan kaki kaki pukul bloggers lain. insyaalah kita boleh hadapi situasi getir ini. Boleh tak kita berhubung? Lamat email saya kulitpisangeditor33@gmail.com

    salam perjuangan.

    The Demons That Won't Go Away

    Khairy Jamaluddin has been on the interview circuit of late – granting interview after interview with different newspapers, even scheduled to appear on Astro Awani at 8.30pm tonight (Tuesday).
    The latest was one with Malay Mail's Zainal Epi, who fired especially tough questions on matters ranging from his alleged use of his father-in-law's influence in getting projects to rumours of his involvement with celebrity Maya Karin.

    In his usual calm demeanour Khairy handled them well, declining to comment on mere allegations. There was a hint of exasperation though, "I have maintained from the very beginning that if there is any wrongdoing on my part, people should come forward and make concrete complaints, lodge concrete reports....(w)e cannot go on, just based on rumours and innuendos".

    For someone so demonised, Khairy's contributions to UMNO are far from dubious. Leading the Pemuda machinery to victory in five by-elections, he has for years been the face of the wing, at times overshadowing its Head Hishammuddin Hussein. Unfortunately for Khairy, his talents appear to also be the reason for many within the party to plot his downfall – it is an open secret that in all tiers of UMNO, being young and capable is usually to one's peril.

    And this is not his only 'handicap' in the peculiar world of UMNO politics. Despite arguably playing to the race gallery in the past, observers note that Khairy's demeanour and approach are out of step with mainstream UMNO. From seemingly trivial issues like the way he dresses to more meaty issues like refusing to reach out hat in hand to influential former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, it is a sad reality that Khairy's 'unique' ways could conceivably lead him to be faced with insurmountable hurdles should he fail to capture the post of UMNO Youth Head this time around.

    Even his tagline "Setiakawan" – a message of outreach to all Malays and Malaysians – appear in stark contrast to the traditional stance of the wing, one that is ultra-conservative and fiery (sometimes for the sake of it). But if UMNO has learnt anything at all from the 12th General Elections, it would know that rare figures like Khairy who command an ability to connect to numerous sections of the Malaysian citizenry (read: electorate) are crucial if the party is to avoid outright defeat come the next elections.

    Thus, in many ways the upcoming contest for UMNO Youth Head is a litmus test for how well UMNO understands the message sent on March 8. Now with little clout, Khairy's only assets are his capabilities – but they dwarf those of his fellow contenders. If UMNO knows what is best for itself, it would stop backing a horse simply for its links – perceived or real – to the party leadership, or worse, based on unsubstantiated allegations.

    ReplyDelete
  3. Debat is debat la. Biar pembangkang dapat lihat bahawa UMNO juga mampu membawa perubahan yang sebenar dan bukan retorik semata-mata.

    ReplyDelete
  4. VISI KHAIRY JELAS DAN NYATA

    Oleh Mahfir Sabtu
    Dalam masa kita mencari pemimpin, kita juga melihat ke bawah di mana fokus rakyat seluruhnya juga melihat UMNO sebagai tunjang kepimpinan negara, tentunya siapa yang akan terpilih menjadi Ketua Pemudanya menjadi tumpuan ramai kerana Pemuda adalah tunggak pelapis yang akan menentukan masa depan negara.
    Oleh itu, persembahan calon Ketua Pemuda yang bakal bertemu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir adalah hanya tiga calon yang akan mencorak ke mana hala tuju Pemuda yang akan membentuk satu jiwa generasi akan datang untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang bakal mendatang.
    Kemunculan Khairy Jamaluddin di kaca televisyen Astro Atma malam tadi merupakan satu pendekatan yang mendedahkan inspirasi anak muda berpendidikan tinggi yang telah berjaya meletakkan dirinya di pentas politik negara bagi membuka mata seluruh rakyat Malaysia yang tidak semestinya dari kalangan ahli UMNO, tetapi untuk ibu bapa kepada generasi hari ini dan akan datang membuat tafisran dan renungan dari apa yang dibentangkan secara spontan oleh Khairy tentang visinya.
    Sepertimana katanya untuk mendedahkan orang ramai dari semua lapisan kepada satu suasana pendekatan seperti menggunakan konsep forum, debat, diskusi, misalnya, adalah satu petikan yang harus dilihat secara positif kerana dengan cara itu, semua orang boleh mengambil bahagian untuk mengemukakan masalah, memberi pendapat dan memberi peluang penyertaan ramai meluahkan apa yang dikehendaki sambil mencari jalan menyelesaikannya dengan lebih konstruktif.
    Justeru itu, akan dengan sendirinya akan mendekatkan orang ramai dengan pemimpin tidak kira dari peringkat mana supaya menyedari bahawa pemimpin perlu turun padang untuk menemui rakyat dengan banyak cara untuk mendapat maklum balas yang paling berkesan untuk diambil tindakan.
    Sebelum ini, Khairy sudah sedia yakin bahawa pemuda termasuk remaja yang sedang membesar hari ini perlu didekati dengan cara itu. Pemuda hari ini lebih bebas, lebih radikal dari segi minda, pendidikan dan persekitaran yang amat berbeza dengan generasi sebelum in. Generasi hari ini lebih melihat realiti itu satu perkara yang memberikan mereka inspirasi untuk mengubah diri, mengubah cara hidup dan seterusnya mengubah dimensi apa jua yang mereka perjuangkan.
    Sebagai orang muda seperti Khairy sendiri, nampaknya lebih melihat ketika ini adalah waktu paling sesuai di mana orang muda seperti beliau sudah sepatutnya berfikiran dan berperwatakan dewasa seperti beliau sendiri meletakkan dirinya di mana beliau berada sekarang supaya pemuda perlu didewasakan sambil tidak melupakan ciri-ciri budaya Melayu yang kian pupus juga perkukuhkan lagi.
    Yang nyata daripada persembahan Khairy sendiri semalam telah dilihat dan diakui ramai bahawa beliau tidak dilihat seperti 'budak-budak'. Cara beliau berfikir, menjawab dengan penuh pengetahuan yang tertumpu kepada permasalahan bukan sahaja di peringkat domestik semata-mata. Beliau mendedahkan juga prospektif global yang turut sama memainkan peranan terhadap perkongsian pengaruh yang cukup hebat berperanan besar dalam pembentukan jiwa dan minda generasi akan datang.
    Kebetulan sebelum itu, dalam Astro Awani, Khairy bersama Ahli Parlimen Balik Pulau (PKR), Yusmadi Yusoff telah menyertai penal wawancara bertajuk 'Permintaan Untuk Presiden Baru Amerika Syarikat' yang cukup menarik kerana negara kuasa besar itu juga beragenda yang barang pasti membawa satu kesan kepada beberapa krisis besar dalam percaturan dunia pada ketika ini.
    Jelas di sini, Khairy merupakan pemimpin muda tidak hanya memerhatikan perkembangan dan kelemahan dalaman kita sahaja, tetapi juga meneropong sama apa yang patut kita bersedia dengan pergolakan politik berprospektifkan gelombang global tanpa mengenepikan pergolakan politik negara-negara jiran yang turut memainkan sentimen yang tidak kurang menjejaskan kita dari apa yang berlaku di negara mereka.
    Menyelami setiap luahan visi Khairy dalam waktu yang singkat itu, sebenarnya bagaikan sekilas apa yang ada dalam fikiran dan hatinya, Khairy mahu membawa pemuda hari ini memperincikan perjuangan mereka sesaraf dengan pemikiran lebih dewasa dan matang untuk melangkah ke hadapan dengan lebih konfiden.
    Fikiran dan jiwa pemuda perlu dibebaskan secara kolektif. Mereka tidak boleh dikongkong dan dibiarkan tanpa panduan, pendedahan dan kawalan yang betul untuk bersedia berdepan dengan perubahan-perubahan yang berlaku secara mendadak di seluruh dunia sambil berkhidmat dengan jujur dan ikhlas sebagai mengiringi tanggungjawab masing-masing.
    Kerana itu Khairy menyebut bahawa golongan cerdik pandai yang berada di semua sektor hari ini akan lebih tertarik dengan UMNO terhadap usul yang dibawa dan dibincang seperti bidang kehakiman, Badan Pencegah Rasuah, ekonomi dan sebagainya memerlukan pembaharuan. Kerana para professional dan cerdik pandai kita tentunya sedia untuk turut serta untuk sama-sama mengangkat martabat Melayu dengan cara yang lebih sistematik.
    Satu perkara yang amat terpuji dalam persembahan Khairy kali ini, beliau mengakui calon Ketua Pemuda lain terutama Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang lebih berpengalaman dari beliau yang menyebabkan pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda memperlihatkan pembahagian yang berbeza. Akuan Khairy ini satu sentuhan terpuji sebagai yang termuda daripada ketiga-tiga calon.
    Bagaimanapun untuk mengukur ketentuannya, akhirnya perwakilan yang diberi tanggungjawab memilih siapa ketua mereka bukan isu pada ketika ini. Isunya memperbetulkan tanggapan dan persepsi ramai terhadap perjuangan Pemuda UMNO terhadap kesinambungan kepimpinan demi menjamin kedudukan orang Melayu yang sentiasa dikaitkan dengan watak yang kadang-kadang tidak relevan diheret bersama dalam perjuangan hala tuju yang sepatutnya.
    Namun begitu, pihak penerbit TV semua saluran juga turut perlu memainkan peranan memberi peluang seberapa banyak ruang untuk mendepankan bakal pemimpin supaya masyarakat seluruhnya dari semua peringkat dan kaum di negara ini dapat sama-sama membuat penilaian kewibawaan seseorang pemimpin itu apakah mereka bercakap, berfikir dan bertindak menurut hendak inspirasi rakyat secara keseluruhannya.

    ReplyDelete