ATTN: Office of the Prosecutor, International Criminal Court
Mr. Luis Moreno-Ocampo, Prosecutor
Information and Evidence Unit
Office of the Prosecutor
Post Office Box 19519
2500 CM The Hague
The Netherlands
Email: otp.informationdesk@icc-cpi.int
salam setiakawan
-ahlang-
Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadamu Ya Allah....... . turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang orang Islam di bumi Palestin, hancurkanlah rejim ZIONIS.. amin . ..."
ReplyDeleteberdaoa lah lopeh subuh yo..!
Salam..
ReplyDeleteIni lagi satu kurang ajar. kita sibuk-sibuk untuk membantu Palestin dan mengutuk Israel..malaysiakini pulak cari pasal????
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.
Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.
Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.
''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.
Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.
Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.
Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.
Salam perjuangan
sama2lah kita buat solat hajat :-)
ReplyDeleteSuara Keramat Rakyat Terengganu :
Tiada Halangan Hanya Peluang :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com